Friday, April 25, 2008

ADA MATA, PANDANG ... ADA OTAK, PIKIR...

Pagi tadi terbangun lewat sikit...Punyala liat semua orang nak tinggalkan tilam ngan selimut. Syamil membese atas tilam and abang Khaizu a bit geram ngan dia.

Kebiasaan berulang setiap pagi menjadikan aku orang yang observer... ( kot he he he ). Sepanjang perjalanan dari Rawang ke Equine, banyak juga experiment yang aku cuba jaya. Bila tulis cuba jaya, aku teringat Cikgu Mastura yang putih melepak yang dulu mengajar aku Add Maths. Macamana aku selalu kagum dengan kepandaian dia dalam matapelajaran yang aku cukup tersiksa nak belajar.

Kesimpulan yang aku dapat sepanjang sebulan ini ialah jalan kat KL ni akan jam teruk dalam 2 flow. Flow pertama waktu pagi - pagi antara pukul 6.45 ke pukul 8.00. Ini mungkin sebab orang - orang kerajaan ramai yang masuk keja pukul 8. Antara 8 ke pukul 9 tu, flow akan okay. Pergerakan kereta sama ada lancar atau sedikit perlahan. Tapi, lepas pukul 9, ha... jalan akan jam semula sebab nak bagi laluan kepada orang yang masuk kerja pukul 10. Itu teori aku... tak semestinya betul tapi itulah yang aku perhatikan selama ni.

Hari ni ada meeting dengan Mr. Langridge ( our boss ). Aida mintak aku print script yang aku translate semalam ( BM - BI & BI - BM ). Hopefully there'll me no amendments that need to be done...

Aida looks so sweet pakai baju kurung hari ni. Katanya sebab happy sangat increment and bonus dia lebat... Congrats la untuk Aida. I supposed she must be a valuable asset to ASTRO, kalau tak takkan la boleh dapat banyak macam tu ( walaupun aku tak tau figures nya tapi dari cahaya gembiranya tu, boleh agak ).

Terkejut benar dia bila aku begitau yang kalau orang kerajaan, increment tahunan ada...la dalam 70+ untuk diploma dan 98 untuk degree holder. Betulla kata abang Khaizu, bila kita keja ngan swasta, baru kita nampak di mana kurangnya kerja ngan gomen. Aivy pun cakap benda yang sama macam abang Khaizu hari tu. But talking about membuka minda, ya... I have to admitla, kita lebih luas perspective...

BTW, next week ada surprise makan - makan. Everybody will have to chip in tapi Aida yang baik hati dah bayarkan untuk aku... Thanks Aida....

Ya Allah... kuatkan semangat aku. Mudah - mudahan aku dapat buat cupcakes tu untuk makan - makan nanti.

No comments: