Tuesday, April 1, 2008

AWAL KALAM ...

Hi Guys,

Hari ini hari Selasa 01 April 2008. Akhirnya hari yang aku tunggu - tunggu sangat datang jugak. Ntah apa silapnya, bila alarm handphone berbunyi pukul 5.45 pg tadi, aku pun dengan segeranya mematikannya dan tidur semula. Mungkin sebab rasa sejuk yang aku rasa dek kerana adegan kejar mengejar bilah - bilah kipas di siling rumahku atau mungkin juga gigitan sejuk sebab hujan lebat di luar yang menyebabkan aku rasa sayang nak memisahkan diri aku ini dengan tilam yang dah makin menipis dan mula kusam ini...

Tepat jam 7.30, aku selesai bersiap. Abang Khaizu dah turun ke bawah menghantar anak - anak ke Taska Sayang Sentosa dan dek sebab hujan aku berjanji nak menghantar dia ke sekolahnya. Ya Allah... sesaknya jalan buat aku sangat terkejut... Mungkin sebab selama ni aku keluar seawal pukul 7 jadi tak pernah terlibat dengan seliratan kereta yang banyak ni.

Semalam kengkawan kat ofis buat potluck just untuk raikan aku yang akan mulakan latihan sangkutan kat ASTRO hari ini. Perasaan aku??? Bercampur baur... For sure aku rasa sedih nak tinggalkan suasana yang aku dah sangat comfortable, excited sebab nak mulakan suasana baru, anxious sebab tak tau lagi macamana keadaannya di tempat baru.

Doa dan semangat yang kengkawan berikan menjadi pendorong dan panduan untuk aku melalui pengalaman baru yang bakal aku tempuh nanti.

Balik keja rush pergi Bandar Tasik Puteri. Adik Naiem tak sihat so bimbang kan keadaannya aku bergegas ke rumah Kak Ano... Bawak dia jumpa doktor di Klinik Ilham. What a nice doctor... Doktor nasihatkan agar adik Naeim dicircumcise sebab dia dah mula dapat infection. Wow!!! Got to discuss dengan abang Khaizu dulu... Syamil punyala berperang tak mau dikhatan alih - alih adik Naiem yang akan jalan dulu...

Hari ini berjalan dengan lancar so far... Alhamdulillah aku dapat adapt dengan suasana baru. Harap - harap aku mampu maintain blog ini sebab aku pasti isinya nanti akan bermanfaat kepada ramai orang.

No comments: