Tuesday, June 10, 2008

JEJAK KASIH

Dua tiga bulan ini aku banyak berjaya menjejak kawan - kawan lama yang dah berbelas - belas tahun tak jumpa.

Raja Eliza Mohana - gang rapat aku semasa kat sekolah menengah. Masih ingat lagi jeritan bebudak lelaki bila setiap kali nampak dia....Fumakila!!! Tapi itulah antara kenangan manis kitorang dengan dia. Masih aku ingat, bagaimana sedihnya kami rasa bila terpaksa berpisah dengan dia yang harus meninggalkan sekolah kerana pencapaiannya tak mencecah requirement sekolah

Norfiza aka Dotty - tak akan aku lupa seorang kawan yang berambut kerinting dan lawak ni... Satu ciri - ciri Dotty yang aku sentiasa ingat ialah lesung pipit kecik di hujung bibirnya yang comel sangat. Aku akan sentiasa ingat macamana tabah dan rajinnya mak dia datang berulang alik dari KL ke SEMESTA untuk melawat dia dan Rahmat adiknya. Takziah unutknya atas kehilangan sepasang anak kembarnya yang juga pasti secomel ibunya

Nasroliza - lagi sorang gang rapat aku masa di Tingkatan 4 dan 5. Dia cantik dan aku masih ingat lagi tentang berapa ramai orang yang bertaruh bila dia mula pakai tudung dan alhamdulillah masih kekal jadi penampilannya. Dia berkahwin dengan kawan kami juga dan mereka bercinta sejak Tingkatan 4. Namun langit cerah itu tak selamanya cerah bila aku dapat khabar mereka dah berpisah... Kuatlah Chacha... Aku tahu kau kuat...

Zufliha - kali akhir kami jumpa kira - kira 10 tahun lepas dan akhirnya lost contact. Lately baru kami berjaya berjumpa semula. Leha dengan gaya selambanya namun cerdik belajar...

Wan Hasniah aka Washer - si budak tomboy yang sekarang dah bertransformasi jadi anggun ( anggun ke??? ). Khabarnya dah jadi ahli perniagaan berjaya...

Aivy - kawan baik masa zaman kecik - kecik aku yang masih kekal sampai kini. Agaknya Allah memang mentakdirkan kami kawin juga pada tarikh yang hampir sama di tahun dan bulan yang sama. Gelak nya unik dan selalu menghiburkan

Chairossafinaz - kawan baik zaman kecik yang baru saja aku berjaya jejaki tengahari tadi. Ya Allah rindu bukan kepalang rasanya... Paling menggembirakan aku, Chairos masih mesra macam dulu... terjerit besar dia bila aku perkenalkan diri. Kami janji akan berjumpa satu hari nanti dan kali ini kami janji akan pastikan Aivy join sekali... Sesungguhnya kami memang kawan rapat satu masa dulu. Aku, Aivy dan Chairos....

Dan aku juga akan tidak pernah lupa kawan - kawan yang masih berhubungan...Medlina yang pasti kini sedang bahagia dengan familynya. Natrah yang kekal jadi sahabat yang paling baik, dan Yan yang kini jadi warga Kuala Tahan menabur bakti menjadi guru di sana...

Ya Allah ... peliharalah mereka.. Mudah mudahan persahabatan kami akan kekal selamanya dan semoga ikatan persahabatan kami akan membawa banyak kebaikan kepada peribadi serta ugama kami... Amin

1 comment:

mofazha said...

Salam Sis, kalau nak keep in touch ngan your SEMESTA batch, boleh gi ke SEMESTA Facebook. Click on the link below:-

http://www.facebook.com/group.php?gid=29329066203